alhamdulillah,
pertama-tama dan selama-lamanya kita memanjatkan kesyukuran kepada Allah SWT telah memberi kita berbagai nikmat yang kita nikmati. tetapi jangan lah sekali kufur nikmat. apakah yang nikmat yang Allah bagi, tak kira banyaknya pemberian Allah kepada kita
pertama sekali mari kita renung petikan ayat quran dari surah ali-imran yang bermaksud:
"kamu adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara kebaikan dan melarang daripada segala yang salah, serta kamu beriman kepada ALLAH swt..."
pengajaran yang boleh kita sama-sama ambil dari petikan ayat diatas adalah
i)kita (umat islam) adalah yang paling hebat di atas muka bumi tetapi bersyarat iaitu mengajak kawan-kawan kita, sahabat handai, jiran kita, keluarga; ayah, emak, abang, kakak,adik dan manusia lain untuk berbuat baik dan jauh dari berbuat perkara yang jahat supaya Allah tidak murka dengan kita dan orang disekeliling mereka.
kenapa kita perlu berbuat demikian kerana dalam surah al-baqarah ayat 143 telah terjawab bahawa:
"Dan demikianlah Kami (allah) telah menjadikan kamu umat yang terbaik supaya kamu menjadi saksi atas perbuatan manusia dan rasul menjadi saksi atas perbuatanmu"
kerana dengan mengajak kebaikan dan melarang perkara yang mungkar kita akan menjadi contoh kepada manusia yang lain. apabila kita (umat islam) menjadi contoh kepada dunia akan wujudnya keamanan di dunia dan jugak keadilan akan tertegak.
oleh itu mari lah kita bersama mengajak kawan-kawan kita yang lain berbuat perkara yang baik dan tinggalkan perkara yang tidak baik untuk kesejateraan kita bersama. ini adalah untuk agama, bangsa dan negara kita.
perkara yang bai mungkin boleh dikatakan seperti belajar bersama, tolong menolong kawan-kawan yang lemah dalam pelajaran dan sebagainya.
perkara yang tak baik pulak seperti merempit, pergi ke kelab malam, melepak, atau sebagainya.
akhir kata mari kita memulakan permulaan yang baik.
http://mp3maker.org/all_albums_artist3671/Rammstein/ Rammstein
http://mp3sstore.org/blueray-rammstein-11967-1/ Rammstein mp3
http://internetmp3.org/artist3671/Rammstein-discography/ Rammstein music
http://mp3maker.org/all_albums_artist5834/Laibach/ download Laibach